Product Description
JAMINAN KUALITI
Salam kepada semua!
Saya Pak Cu, pengasas jenama bidang pemakanan Pak Cu 916. Resipi-resipi dan produk kami merupakan rahsia warisan turun-temurun generasi Pak Cu. Kami memilih bahan-bahan yang berkualiti tinggi sahaja bagi menjamin kepuasan pelanggan Pak Cu 916 iaitu ANDA! Nikmatilah hasil bumi yang amat menyegarkan anda dengan ASAM CICAH BUAHAN yang terhasil khas buat anda.
CADANGAN PENGGUNAAN
Asam Cicah Buah Pak Cu 916 amat sesuai dan menyelerakan untuk dihidang sebagai pencicah pelbagai jenis buah-buahan tropika seperti jambu batu, nenas, mangga, belimbing dan lain-lain.
Asam Cicah Buah Pak Cu 916 juga amat menyegarkan sebagai campuran di dalam minuman seperti teh O ais limau, limau ais dan jus buahan. Amat menyegarkan kehausan anda seisi keluarga di hari atau cuaca yang panas serta majlis-majlis keraian.
Asam Cicah Buah Pak Cu 916 boleh digunakan di dalam masakan harian anda seperti masakan masam manis, masakan tiga rasa, dan lain-lain jenis masakan yang bersesuaian.
Asam Cicah Buah Pak Cu 916 sememangnya sedap, mudah disediakan dan sesuai untuk seisi keluarga serta hidangan apa jua majlis anda!